Thursday, May 12, 2016

Pengenalan Homestay Tasik Raban Lenggong

Menyelusuri jalan raya utama yg menghubungkan kuala kangsar dan grik, pastinya ia menjadi pilihan utama bg mereka yg ingin menuju ke pantai timur jika datang dari utara semenanjung. Mereka yg biasa mengikuti jalan ini pasti tidak melepaskan peluang untuk singgah di pertengahan perjalanan iaitu tasik raban, sebuah destinasi persinggahan yg tidak kurang hebatnya..

jalan lama yg dikelilingi tasik yg menghubungkan Kuala Kangsar - Grik


Berlatar belakangkan banjaran gunung dan dikelilingi tasik raban, sebuah tasik yg terjadi hasil dr pembinaan empangan chenderoh, ianya pasti memukau mata yg memandang. Hembusan hawa dingin angin semulajadi di pagi hr membuatkan sesiapa shj yg berada di situ enggan berganjak pergi.

pemandangan indah tasik raban di sebalik banjaran gunung

Dengan keindahan alam semula jadi di samping banyak tempat yg menarik, lokasi ini menjadi salah satu tempat strategik pencinta alam utk meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Berehat sejenak dr kesibukan kota, membuatkan lokasi ini menjadi pusat tarikan pelancong di dalam peta negeri perak.

Mengekalkan keaslian ekosistem alam semulajadinya, tidak menghalang pembangunan tumbuh di sekitar sini, khususnya di dalam daerah Lenggong. Di sini telah terbinanya Maktab Rendah Sains Mara (kuala kangsar dan lenggong), Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lenggong, Pusat Arkeologi, rumah rehat lenggong, resort tasik raban dll.

Jika anda berkunjung ke sini, anda tidak perlu risau akan kemudahan asas seperti klinik kesihatan, pejabat pos dll yg kesemuanya bertumpu di pekan koboi di bandar Lenggong yg jaraknya 10 km dr tasik raban. Melalui pekan ini telah mengimbau kembali zaman kecil2 dahulu yg ianya tidak mungkin dijumpai di bandar2 Kl dan Putrajaya.

klinik kesihatan daerah Lenggong


Menyedari nilai2 kehidupan di daerah hijau ini, kami mengusahakan sebuah homestay utk kemudahan mereka yg berkunjung ke sini samada utk merehatkan badan atau sebagai lokasi persinggahan dlm apa jua urusan. Lokasinya Homestay kami hanya 100 meter dr Resort Tasik Raban dan berada bersebelahan Jambatan raja Muda Nazrin..

Resort Tasik Raban

Jambatan Raja Muda Nazrin

No comments:

Post a Comment