Sy tiada sedara mara di sini, juga tiada sebarang sumber mata pencarian yg jelas. Pertama kali ke sini, telah membuatkan sy dan isteri jatuh cinta dgn suasananya yg damai lg menyegarkan. Masih bertaraf ulu bandar barangkali, sy mmg teruja utk mencari tempat kediaman berstatus kampung kerana sy seorang yg memusuhi kehidupan serabut di bandar raya.
Untuk yg inginkan kedamaian alam semula jadi, banjaran gunung, hutan, suasana kampung, menyusuri sungai dan mendalami sejarah, ini ialah tempat yg tepat untuk anda kunjungi.
Lata Kekabu
terletak lebih kurang 5km dr kediaman homestay, ia pasti menjanjikan air sejuk yg segar dr banjaran gunung dan hutan.
Kawasan hutannya yang sangat cantik dengan udara yang segar dipenuhi dengan pelbagai pokok seperti Meranti, Kempas, Jelutong, Keruing dan lain-lain lagi. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti kemudahan tapak khemah, dewan serba guna, surau dan bilik mandi.



Tasik Raban
Inilah nadi keindahan kawasan ini. Asalnya merupakan anak sungai yg terbentuk hasil dr pembinaan empangan chenderoh. Terdapat perkhidmatan memancing dan aktiviti sukan air di Tasik Raban yang membolehkan pengunjung beriadah di sini. Menyusuri tasik ini juga membuatkan hati merasa damai dan terpaut akan keindahannya di balik banjaran gunung yg tersergam indah.
![]() |
![]() |


Rekreasi Gua Tok Giring
Rekreasi Gua Tok Giring terletak di Kampung Pecah Batu. Keistimewaan tempat ini adalah pengunjung boleh merasai hembusan angin seperti pendingin hawa jika berdiri di depan muka guanya. Di samping itu juga, terdapat laluan yang menuju ke atas bukit yang membolehkan pengunjung menjumpai bunga Rafflesia dan juga Paku Haji. Terdapat pelabagai kemudahan lain yang disediakan di sini seperti taman permainan kanak-kanak,kedai makan dan tandas awam. `~ ayat ni aku copy sebijik2 ok

Galeri Arkeologi Lenggong
Galeri Arkeologi Lembah Lenggong ni kira muzium laa... Pemilihan lokasi pembangunan muzium ini adalah disebabkan oleh penemuan Kota Tampan sebagai tapak zaman Paleolitik yang telah wujud lebih 74000 tahun dahulu lagi.

sapa nk tengok rangka asal perak man, blh ler berkunjung ke sini... (gambar ini diambil dr google yg dimuatnaik di blog 1001 perjalanan) |
Ikan pekasam
Kalau u all ke Lenggong, anda blh bawa pulang cenderahati yg popular di sini iaitu ikan pekasam. Not bad... Boleh dapat kat mana2 pn, tepi jalan banyak org jual. Memang popular


Kalau u all ke Lenggong, anda blh bawa pulang cenderahati yg popular di sini iaitu ikan pekasam. Not bad... Boleh dapat kat mana2 pn, tepi jalan banyak org jual. Memang popular

No comments:
Post a Comment