Thursday, May 12, 2016

Pengenalan Homestay Tasik Raban Lenggong

Menyelusuri jalan raya utama yg menghubungkan kuala kangsar dan grik, pastinya ia menjadi pilihan utama bg mereka yg ingin menuju ke pantai timur jika datang dari utara semenanjung. Mereka yg biasa mengikuti jalan ini pasti tidak melepaskan peluang untuk singgah di pertengahan perjalanan iaitu tasik raban, sebuah destinasi persinggahan yg tidak kurang hebatnya..

jalan lama yg dikelilingi tasik yg menghubungkan Kuala Kangsar - Grik


Berlatar belakangkan banjaran gunung dan dikelilingi tasik raban, sebuah tasik yg terjadi hasil dr pembinaan empangan chenderoh, ianya pasti memukau mata yg memandang. Hembusan hawa dingin angin semulajadi di pagi hr membuatkan sesiapa shj yg berada di situ enggan berganjak pergi.

pemandangan indah tasik raban di sebalik banjaran gunung

Dengan keindahan alam semula jadi di samping banyak tempat yg menarik, lokasi ini menjadi salah satu tempat strategik pencinta alam utk meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Berehat sejenak dr kesibukan kota, membuatkan lokasi ini menjadi pusat tarikan pelancong di dalam peta negeri perak.

Mengekalkan keaslian ekosistem alam semulajadinya, tidak menghalang pembangunan tumbuh di sekitar sini, khususnya di dalam daerah Lenggong. Di sini telah terbinanya Maktab Rendah Sains Mara (kuala kangsar dan lenggong), Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lenggong, Pusat Arkeologi, rumah rehat lenggong, resort tasik raban dll.

Jika anda berkunjung ke sini, anda tidak perlu risau akan kemudahan asas seperti klinik kesihatan, pejabat pos dll yg kesemuanya bertumpu di pekan koboi di bandar Lenggong yg jaraknya 10 km dr tasik raban. Melalui pekan ini telah mengimbau kembali zaman kecil2 dahulu yg ianya tidak mungkin dijumpai di bandar2 Kl dan Putrajaya.

klinik kesihatan daerah Lenggong


Menyedari nilai2 kehidupan di daerah hijau ini, kami mengusahakan sebuah homestay utk kemudahan mereka yg berkunjung ke sini samada utk merehatkan badan atau sebagai lokasi persinggahan dlm apa jua urusan. Lokasinya Homestay kami hanya 100 meter dr Resort Tasik Raban dan berada bersebelahan Jambatan raja Muda Nazrin..

Resort Tasik Raban

Jambatan Raja Muda Nazrin

Kemudahan Safiyyah Homestay, Tasik Raban




Safiyyah Homestay menggunakan konsep santai. Kami menawarkan ruang yg lapang utk sesiapa yg singgah utk merasa puas atau sekurang2nya dapat melupakan sekejap keserabutan tempat kerja atau bg mereka yg mahukan suasana yg sedikit sunyi utk melahirkan idea2 utk lebih maju dlm kehidupan.

Safiyyah Homestay mempunyai 3 buah bilik tidur, 1 master bedroom, 2 bilik tidur biasa.


MASTER BEDROOM

Di dalam bilik master bedroom, dilengkapi

  • 1 unit penghawa dingin
  • katil bersaiz queen  
  • sebuah bilik air
  • seterika
  • kipas siling 
  • tempat menyidai pakaian









BILIK TIDUR 2

Bilik tidur 2 pula dilengkapi 

  • 1 unit katil queen
  • 1 unit katil single
  • kipas siling dan stand fan
  • tempat menyidai pakaian.



BILIK TIDUR 3

Bilik tidur 2 pula dilengkapi 

  • 2 unit katil single
  • kipas siling dan portable fan
  • tempat menyidai pakaian.



RUANG TAMU

Di bahagian ruang tamu pula, kami menyediakan sofa L - shape, meja kopi, kipas siling, portable fan dan televisyen yg dilengkapi pakej Astro N-joi. Dengan perabot yg cukup minima, ia membuatkan ruang tamu kelihatan cukup luas dan tidak serabut. Kedudukan sliding door di bahagian tepi dan bahagian hadapan membuatkan udara luar yg sejuk terutama pada waktu pg sudah cukup utk menyegarkan ruang dalaman rmh.

ruang tamu
Astro pakej N-joi









RUANG MAKAN DAN DAPUR

Di bahagian dapur pula, kami menyediakan kemudahan ;

  • peti sejuk
  • dapur gas
  • jug kettle
  • microwave
  • rice cooker
  • pingan mangkuk dan meja makan (6 orang)
  • Bilik mandi dan tandas di sebelah pintu belakang

rice cooker dan jug kettle

ruang makan
peti ais
microwave

Dapur gas utk memasak





KAWASAN LUAR RUMAH

Untuk kawasan luar koridor rumah, kelebihan ruang sisi (corner lot) yg lapang dapat memberikan ruang untuk sebarang aktiviti santai seperti barbeque dll. Kami sedang membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa untuk kemudahan bahagian ini seperti menanam rumput karpet, meletakkan batu kerikil, memasang spotlight sensor, meja santai, ruang BBQ dll.

kami juga menanam beberapa jenis sayuran dan pokok buah-buahan yg mana pengunjung boleh mengambil hasilnya kelak 

meja santai utk berehat di waktu siang @ malam




spotlight yg dijanakan oleh solar dan sensor (menyala bila ada pergerakan shj) utk kemudahanaktiviti waktu malam (BBQ dan aktiviti santai) di luar rumah





ruang luar rumah
  

  

Ruang parking kereta juga cukup luas utk memuatkan 2 buah kereta pada satu-satu masa. Dikelilingi pagar, ia membuatkan kediaman ini selamat dengan izin llah.


ruang parking hadapan

post berikutnya akan menceritakan aktiviti-aktiviti menaraik yg pengunjung boleh lakukan sepanjang berada di sini


TEMPAHAN HOMESTAY

Kami mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke teratak buruk kami sbg tempat persinggahan dan mencari kerehatan bersama keluarga dengan harga yg berpatutan iaitu RM 200 semalaman. Untuk harga ini, kami merasakan ia adalah yg terbaik di dalam kelasnya di daerah Lenggong. 

Waktu check in bermula jam 2.00pm dan check out bermula jam 12.00pm setiap hr.

Alamat Homestay kami ialah ;
No 141, Seri Raban 7, Taman Seri raban,
33400 Lenggong, Perak

(lokasi bersebelahan Jambatan Raja Muda Nazrin dan resort tasik raban)

Sebarang tempahan boleh dibuat dgn menghubungi

019-2768608 (aisyah) 

atau 


019-2428608 (fadzil)


Atau anda boleh shj terus menggunakan aplikasi gps (google map @ waze) dgn menaip " safiyyah homestay tasik raban"



UNTUK TEMPAHAN HOMESTAY SILA HUBUNGI :





Aktiviti Menarik di sekitar Tasik Raban

Sebenarnya sy bukan lah org yg arif dgn tempat ni khususnya daerah Lenggong. Untuk post ini, jujur sy bukanlah org yg tepat utk menceritakannya. Mungkin sy blh ceritakan sedikit sebanyak dr sudut kaca mata org luar.

Sy tiada sedara mara di sini, juga tiada sebarang sumber mata pencarian yg jelas.  Pertama kali ke sini, telah membuatkan sy dan isteri jatuh cinta dgn suasananya yg damai lg menyegarkan. Masih bertaraf ulu bandar barangkali, sy mmg teruja utk mencari tempat kediaman berstatus kampung kerana sy seorang yg memusuhi kehidupan serabut di bandar raya.

Untuk yg inginkan kedamaian alam semula jadi, banjaran gunung, hutan, suasana kampung, menyusuri sungai dan mendalami sejarah, ini ialah tempat yg tepat untuk anda kunjungi.


Lata Kekabu

terletak lebih kurang 5km dr kediaman homestay, ia pasti menjanjikan air sejuk yg segar dr banjaran gunung dan hutan.

Kawasan hutannya yang sangat cantik dengan udara yang segar dipenuhi dengan pelbagai pokok seperti Meranti, Kempas, Jelutong, Keruing dan lain-lain lagi. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti kemudahan tapak khemah, dewan serba guna, surau dan bilik mandi.









Tasik Raban

Inilah nadi keindahan kawasan ini. Asalnya merupakan anak sungai yg terbentuk hasil dr pembinaan empangan chenderoh. Terdapat perkhidmatan memancing dan aktiviti sukan air di Tasik Raban yang membolehkan pengunjung beriadah di sini. Menyusuri tasik ini juga membuatkan hati merasa damai dan terpaut akan keindahannya di balik banjaran gunung yg tersergam indah.











Rekreasi Gua Tok Giring

Rekreasi Gua Tok Giring terletak di Kampung Pecah Batu. Keistimewaan tempat ini adalah pengunjung boleh merasai hembusan angin seperti pendingin hawa jika berdiri di depan muka guanya.  Di samping itu juga, terdapat laluan yang menuju ke atas bukit yang membolehkan pengunjung menjumpai bunga Rafflesia dan juga Paku Haji. Terdapat pelabagai kemudahan lain yang disediakan di sini seperti taman permainan kanak-kanak,kedai makan dan tandas awam.  `~ ayat ni aku copy sebijik2 ok




   Galeri Arkeologi Lenggong

Galeri Arkeologi Lembah Lenggong ni kira muzium laa... Pemilihan lokasi pembangunan muzium ini adalah disebabkan oleh penemuan Kota Tampan sebagai tapak zaman Paleolitik yang telah wujud lebih 74000 tahun dahulu lagi. 




sapa nk tengok rangka asal perak man, blh ler berkunjung ke sini...
(gambar ini diambil dr google yg dimuatnaik di blog 1001 perjalanan)

Ikan pekasam

Kalau u all ke Lenggong, anda blh bawa pulang cenderahati yg popular di sini iaitu ikan pekasam. Not bad... Boleh dapat kat mana2 pn, tepi jalan banyak org jual. Memang popular